Tuesday, June 11, 2013

Tips Pakai Kasut Tinggi dengan Selesa :)



12 Jun- Baru sahaja keluar dan merasa glamor setelah memakai kasut tumit tinggi, namun pastinya anda akan merasa sakit selepas memakai lebih dari sejam.

Menurut satu kajian yang dibuat oleh College of Podiatry, terhadap 2,000 wanita dan lelaki dan 20% daripada responden berkata mereka akan berasa sakit selepas 10 minit memakai kasut tumit tinggi manakala satu per tiga daripanya mengatakan kaki mereka merasa sakit pada waktu malam.

Ia bukannya sesuatu yang mengejutkan. Semua orang tahu kasut tumit tinggi menyakitkan dan boleh menyebabkan sakit belakang namun rata-rata wanita masih memakainya. Jadi, apa yang anda harus lakukan untuk menghilangkan rasa sakit tersebut?

Di sini kami ingin berkongsi dengan anda beberapa tips bagaiamana untuk memilih kasut tumit tinggi untuk keselesaan kaki anda:

Jangan beli kasut tumit tinggi secara 'online'
Pertama sekali, kasut mestilah padan dan sesuai dengan kaki. Oleh itu, anda disarankan supaya tidak membeli kasut secara dalam talian kerana anda tidak dapat mencubanya terlebih dahulu. Ini kerana kasut yang kecil akan membuatkan kaki anda melecet manakala kasut yang besar akan membuat kaki anda lebih ke hadapan dan jari kaki anda akan merasai lebih tekanan.

Jangan beli kasut yang murah dan tidak berkualiti
Jika anda mahu membeli kasut, belilah kasut yang berkualiti dan harga berpatutan. Jangan sesekali membeli kasut yang tidak berkualiti kerana harganya murah. Ini kerana kasut yang diperbuat dari plastik akan membuatkan kaki anda cepat berpeluh dan membengkak. Plastik juga boleh menyebabkan kaki anda melecet.

Elakkan kaki melecet
Jika kasut anda keras di bahagian tumit, anda boleh menggunakan cengkaman kasut 'suede'. Selain itu, anda juga boleh menggunakan 'Scholl', ia didapati dalam bentuk 'roll' dan boleh digunakan di mana-mana bahagian kaki. Gel lembut daripada Dr Scholl juga dapat membantu kaki anda terutama jika kasut anda mempunyai tapak yang nipis.

Rendam kaki dalam air ais
Jangan rendamkan kaki anda dengan air panas tetapi gunakan ais untuk melegakan sakit di kaki. Ini kerana selepas memakai tumit tinggi, kaki akan menjadi bengkak. Penyelesaiannya, letakkan kaki anda ke dalam air yang sejuk selama 15 minit untuk mengurangkan bengkak dan sapu krim kaki sebelum tidur. Ia dapat mengembalikan kelembutan kulit sekaligus mencegah kaki dari menjadi kasar.

Diharap dengan tips ini dapat membantu anda dalam memilih atau memakai kasut tumit tinggi tanpa risau akan kesakitan.


Heels ape ni!

No comments: