Sunday, June 23, 2013

RAHSIA TANDATANGAN AISHAH

RAHSIA TANDATANGAN AISHAH : DUIT DARI ALAM BUNIAN?



Anda tentu pernah melihat tandatangan AISHAH pada matawang ringgit Malaysia. Sejauh manakah anda mengenali AISHAH ini sebagai gabenor Bank Negara Malaysia?

Semakan melalui Bank Negara Malaysia juga mengesahkan tiada gabenor Bank Negara bernama Aishah! Bank Negara juga mengesahkan satu-satunya gabenor wanita ialah Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz, yang merupakan gabenor Bank Negara Malaysia ke tujuh dan masih berkhidmat sehingga kini.

Apakah duit dengan tandatangan AISHAH ini merupakan duit dari alam bunian sepertimana yang heboh diperkatakan suatu masa dahulu. Kononnya ketika dunia mengalami kemerosotan ekonomi malah Malaysia juga diserang oleh George Soros menyebabkan ekonomi kita lumpuh, sahabat-sahabat dari alam bunian telah membantu rakyat Malaysia dengan mengeluarkan sejumlah besar wang dari alam mereka untuk digunakan oleh rakyat Malaysia.

Mungkin kedengaran mustahil namun percayalah tiada apa yang mustahil di dalam dunia ini sekarang. Sejauh mana kebenaran cerita ini tidaklah dapat dipastikan. Namun sekiranya anda mempunyai pendapat mengenai kisah ini eloklah kita kumpulkan bersama untuk tatapan generasi masa kini. Berikut disertakan senarai nama gabenor Bank Negara Malaysia : 

  • Tan Sri W H Wilcock (Januari 1959 - Julai 1962)
  • Tun Ismail bin Mohamed Ali (Julai 1962 - Julai 1980)
  • Tan Sri Abdul Aziz bin Taha (Julai 1980 - Jun 1985)
  • Tan Sri Dato' Jaffar bin Hussein (Jun 1985 - Mei 1994)
  • Tan Sri Dato' Ahmad bin Mohd Don (Mei 1994 - Ogos 1998)
  • Tan Sri Dato' Seri Ali Abul Hassan bin Sulaiman (September 1998 - April 2000)
  • Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz (Mei 2000 - Kini)
      
Apa yang pasti, sebenarnya tandatangan AISHAH yang diperkatakan milik bunian ini sebenarnya adalah milik Tan Sri Dato' Seri Ali Abul Hassan bin Sulaiman, gabenor Bank Negara Malaysia keenam.

1. Tan Sri W H Wilcock (Januari 1959 - Julai 1962)

(TIADA CONTOH TANDATANGAN DI PEROLEHI)


2. Tun Ismail bin Mohamed Ali (Julai 1962 - Julai 1980)



3. Tan Sri Abdul Aziz bin Taha (Julai 1980 - Jun 1985)

4. Tan Sri Dato' Jaffar bin Hussein (Jun 1985 - Mei 1994)



5. Tan Sri Dato' Ahmad bin Mohd Don (Mei 1994 - Ogos 1998)



6. Tan Sri Dato' Seri Ali Abul Hassan bin Sulaiman (September 1998 - April 2000)



7. Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz (Mei 2000 - Kini)


SEKADAR 1 PERKONGSIAN ;)

SUMBER

No comments: