Tuesday, June 4, 2013

Che Ta HOT Gitu!

Assalamualaikum.

Tadi aku saje jalan-jalan kat laman blog-blog ni. Tetibe jumpa satu blog yang menarik perhatian aku. ni blog tu..Menarik sebab ade gamba2 lama.Saje nak view tahun 1989 (tahun kelahiran katakan). Terjumpa lah artikel ni:

Pertandingan ratu cantik Miss South East Asia Queen telah dianjurkan buat pertama kalinya oleh D'Touch Promotion pada 26 Julai 1992 di Hotel Crown Princess, Kuala Lumpur. Melalui nama pertandingan itu, dapat diketahui bahawa ia mempertandingkan bekas pemenang-pemenang pertandingan ratu cantik dari serata Asia Tenggara. Seramai 14 orang ratu cantik dari Malaysia (3), Filipina (3), Indonesia (3), Singapura (3), Brunei (1) & Thailand (1) telah menyertai pertandingan itu.

Peserta dari Malaysia & gelaran yang pernah dimenangi:

  • Samantha Schubert (23 tahun / Miss Malaysia-World 1991)
  • Rozita Che Wan (18 tahun / Miss Malaysia-Intercontinental 1992)
  • Penny Soon (21 tahun / Miss Malaysia-Dreamgirl 1992)

Antara peserta dari negara-negara lain & gelaran yang pernah dimenangi:

  • Kristina Rahman (Brunei / 18 tahun / Tempat ke-4 Miss Teen di Singapura)
  • Amelia Joy (Filipina / 21 tahun / Miss Philippines-Charm 1992)
  • Viftra Burgos (Filipina)
  • Sharon Tan (Singapura)
  • Indira Hasbullah (Indonesia)


Rozita Che Wan (ratu cantik remaja yang popular) mewakili Malaysia

Keputusan pertandingan Miss South East Asia Queen 1992:

  • Amelia Joy (Tempat pertama Miss South East Asia Queen 1992. Hadiah sampingan: Miss Body Beautiful & Miss Giamax Elegant)
  • Penny Soon (Tempat ke-2 Miss South East Asia Queen 1992. Hadiah sampingan: Miss Super Trim & Miss Crowning Glory)
  • Samantha Schubert (Tempat ke-3 Miss South East Asia Queen 1992. Hadiah sampingan: Miss Balenciaga)
  • Viftra Burgos (Tempat ke-4 Miss South East Asia Queen 1992)
  • Sharon Tan (Tempat ke-5 Miss South East Asia Queen 1992)
  • Rozita Che Wan (Hadiah sampingan: Miss Agfa Colour Photogenic & Miss A O Winning Look)
  • Kristina Rahman (Hadiah sampingan: Miss Friendship)
  • Indira Hasbullah (Hadiah sampingan: Miss Personality)


Peserta dari Malaysia memenangi tempat ke-3

Beberapa lagi gambar para pemenang di bawah:


Peserta dari Malaysia memenangi tempat ke-2
Peserta dari Filipina memenangi tempat pertama
Komen peserta dari Brunei, "There are no beauty contests in my country so I have to go to other countries for the competition" (NST/22.7.1992)
Peserta dari Indonesia

Nota tambahan:
Sebulan selepas berlangsungnya pertandingan Miss South East Asia Queen 1992 di Hotel Crown Princess, Kuala Lumpur, satu lagi pertandingan ratu cantik yang bersejarah telah berlangsung di tempat yang sama iaitu pertandingan akhir Miss Malaysia-World 1992 di mana Erra Fazira telah dipilih sebagai pemenang.
OH MY!

Korang nampak tak tu! Cantiknye Rozita Che Wan. Skang ni dah beza la kan.. Yelah dah berusia sikit.. Andaikata time-time ni die tengah bercinta ngan Zain Saidin, tak sape kesah kot. CUN GILE!

:D


Ok setakat tu je. Bai.






***Klik la iklan2 yang ade dalam blog saya yang xseberapa ni ye! Just klik je, :) Peace ^^

No comments: