Tuesday, July 16, 2013

Krim Muka terbaru! Krim lendir siput babi! O.o

Ni hape kesah pulak ni.. Macam2 dunia skang.. Kadang2 teruja, kadang2 menjengkelkan, kadang2 pelik!
Baca jela kisah tersurat tersirat kat bawah ni ha..



Percaya atau tidak, lendir siput babi mampu membuatkan kulit wajah anda nampak mulus dan licin? Menurut Catlin Cottage dalam laman web mengenai krim siput babi, haiwan ini mempunyai serum yang kaya dengan anti oksida untuk membantu mencegah penuaan.

Selain itu, penggunaan krim siput juga mampu mengatasi kulit yang selalu terdedah kepada cahaya matahari.

Sebuah salon di Tokyo juga turut memperkenalkan terapi urutan siput babi dengan membiarkan beberapa siput babi berjalan di muka dan meninggalkan lendir-lendir yang mengandungi asidhyaluronik, gloikolik dan elastin.

Pengurus salon itu juga mendakwa siput babi juga membantu memberi kelembapan kepada kulit, mencegah keradangan dan membuang sel kulit mati.

Selain itu, pelakon Hollywood terkenal, Katie Holmes juga pernah menggunakan krim yang diperbuat daripada lendir siput babi dan mendakwa krim tersebut mampu menghilangkan parut pada wajahnya.

Oh Gosh! ade sesape nak try??


SUMBER

Kesalahan Time berDIET!!!

Assalamualaikum.. Lama nau dah x hapdate blog! How uols punye puase? ade yang dah bocor ke? JANGAN lupe ganti nanti tau... (Baca dengan nada suara Abg Saleh/ Sally cite Upin Ipin :D)

Cambest je kan tajuk.. Meh tengok ape la yang salahnye time diet tu ha...

Sudah berbulan-bulan anda cuba menurunkan berat badan tetapi masih tidak berjaya. Pemakanan sudah dikawal, bersenam setiap hari tetapi perut masih berlemak. Apa silapnya?

Mungkin ada senarai di bawah merupakan tabiat anda yang anda perlu anda ubah. Cuba kenal pasti dan pratikkan, apatah lagi bulan Ramadhan akan tiba tak lama lagi. Masa yang sangat sesuai untuk anda mengubah tabiat dibawah.

Pemilihan makanan

Lazimnya, orang yang sedang berdiet amat teiliti dalam pemilihan makanan hariannya. Memang bagus anda memilih salad sebagai makanan tengah hari berbanding nasi, tetapi janganlah terlalu banyak campuran mayonis atau 'Thousand Island'. Pilih juga cara masakan yang lebih sihat seperti stim atau panggang. Elakkan makanan yang bergoreng kerana ia akan menyebabkan diet anda kurang berkesan.

Minum minuman bikarbonat
Menurut satu penyelidikan pada tahun 2005, minum satu hingga dua cawan minuman bikarbonat boleh menjurus anda kepada penyakit obesiti sebanyak 33 peratus. Elakkan minuman bikarbonat walaupun daripada jenis yang khas untuk diet. Untuk pengetahuan anda, minuman diet bikarbonat diperbuat daripada pemanis tiruan yang mampu membuatkan anda berasa lapar dengan cepat dan anda akan makan lebih daripada had biasa.

Taksub dengan pil kurus
Jangan terpengaruh dengan iklan pil kurus dengan hanya melihat kepada testimoninya sahaja. Memang benar pil kurus mampu membuatkan anda kurus dengan cepat. Namun, pil kurus juga mampu menaikkan berat badan anda dengan mendadak jika anda berhenti mengambilnya. Kajian juga membuktikan bahawa pl kurus mampu menghakis tali perut anda dan membahayakan kesihatan. Jangan biarkan diri anda menjadi taksub atau ketagih dengan pil kurus.

Mengunyah terlalu cepat
Kajian daripada Persatuan Dietetik Amerika membuktikan bahawa mengunyah dengan perlahan hanya mengambil 66 peratus kurang kalori berbanding orang yang mengunyah dengan cepat! Jadi, anda haruslah menukar tabiat mengunyah anda. Mungkin sukar pada mulanya, lama kelamaan anda akan menjadi biasa.

Makan dalam keadaan emosional

Makan ketika sedang emosi akan mendorong anda untuk mengambil had makanan lebih daripada biasa. Jangan jadikan makan sebagai satu alas an untuk anda mengurangkan tekanan yang dihadapi. Kajian daripada Universiti Alabama menemui, minum segelas air ketika mengunyah gula-gula getah adalah lebih elok untuk mengelakkan lebihan kalori ketika sedang beremosional.
 
Ha.. Ke cane? OK ke x OK? Hehe..
Kalau sape2 yang ngah diet kononnya macam aku skang (ceittt).. boleh la amek buat praktikal info2 kat atas ni kan..

K jumpe lagi topik lain! <3


SUMBER

Wednesday, July 3, 2013

Bulu Mata Untuk Mereka Yang Perasan Comey


Bulu mata palsu kini sudah mainstream. Jika anda hipster anda akan menggunakan bulu mata palsu di bawah. Ianya hasil kerja Eyelash Jewelry. Anda boleh membelinya disini


ok seriously bulu mata yang biase tu pun aku takut nak pakai, ni kan bulu mata camni.
NGERI!

Tuesday, July 2, 2013

Pizza Perisa DURIAN!


Durian merupakan buah tempatan yang kini semakin popular di China terutamanya dalam kalangan masyarakat yang gemarkan rasa eksotik. Dikenali sebagai 'raja segala buah', durian mempunyai bau yang sangat kuat.

Penggunaan buah durian juga selalunya terdapat dalam kek atau hidangan pencuci mulut, namun pernahkah anda mendengar pizza berasaskan durian?

Menu luar biasa ini merupakan menu baru utama di Blue & Brown, sebuah kafe yang terletak di Shanghai. Kafe ini mula dibuka sejak September 2012 dan kadar jualan pizza durian dalam sehari adalah 70 biji!

Pizza ini terhasil menggunakan durian beku yang diimport daripada Thailand, keju dan sos rahsia! Pizza ini digemari oleh golongan muda terutamanya pelajar- pelajar China. Lapisan tebal keju di atas lapisan pizza menjadikan rasa durian itu semakin kuat dan permintaan durian kini semakin mengingkat di China.

Sebenarnya, bau durian yang kuat itulah merupakan tarikan pizza tersebut.

Cambest je kan..

SUMBER