Saturday, June 29, 2013

"Buqa'awiyya", Satu-Satunya Sahabat Nabi Yang Masih Hidup Sehingga Kini



Inilah pohon yang memahami cinta buat Nabinya Muhammad SAW صلى الله عليه وسلم. Pohon yang diberkati.

Sehingga sekarang pokok ini masih hidup lagi di Jordan. Sebab itu ianya digelar "the only living sahabi" atau "sahabat Nabi yang masih hidup".

Ketika Rasulullah صلى الله عليه وسلم keluar ke Syam bersama Maisarah -pekerja Sayyidatuna Khadijah ra- untuk berniaga, Baginda صلى الله عليه وسلم pernah berteduh di bawah pohon ini sebelum sampai ke sana.

Semasa Baginda صلى الله عليه وسلم berteduh di bawahnya, dahan dan ranting² pohon ini bergerak menaungi Baginda صلى الله عليه وسلم daripada cahaya matahari.

Seorang paderi yang melihat kejadian ini datang bertemu Maisarah & menunjukkan kepadanya pohon tempat teduhan Rasulullah صلى الله عليه وسلم itu dengan berkata: "Hanya seorang Nabi sahaja yang berteduh di bawah pohon ini."

Pohon ini terletak di tengah padang pasir bernama Buqa'awiyya di negara Jordan. Dari segi geografi, ia berdekatan dengan kota Bosra di Syria. Sebagaimana kita tahu, Rasulullah S.A.W 2 kali tiba di Bosra 1. Ketika bersama bapa saudaranya Abi Talib sewaktu berumur 12 tahun & bertemu dengan Rahib Buhaira dan terserlah tanda kerasulan baginda di belakang bahu sepertimana tercatat dalam kitab injil tentang tanda kerasulan nabi akhir zaman. 2. kali kedua rasulullah ke bosra membawa barang dagangan saidatina khadijah. apa yg menarik..selepas dari tanah Tabuk hingga ke Bosra sejauh lebih 500km..kita tidak akan berjumpa dengan pokok seumpama di atas.

~ Lihatlah sampai hari ini ia tetap subur walaupun berada di tengah-tengah padang pasir yang kering kontang. Tiada tumbuhan hidup sepertinya. ALLAH menghidupkannya dengan kehendak-NYA jua, ALLAHU ALLAH.

Dan di dalam foto ini juga, Habib Umar Benhafidz seorang daripada keturunan Rasulullah صلى الله عليه وسلم menziarahi pohon di mana Rasulullah صلى الله عليه وسلم- pernah berada di situ.

Wallahhualam...


 Allahuakbar.. 

Sumber : Here


Friday, June 28, 2013

JEREBU!

kebakaran di Indonesia punca negara kita mengalami jerebu tahap kronik beberapa hari lepas.


berikut merupakan gambar kebakaran tahap super saiya di Indonesia:



Laporan asal Yahoo

Buang jela bende2 tu dari badan!

Assalamualaikum.

3 hari lepas, aku ade mintak sikit tips jaga kulit kat minah ni. Die ni memang banyak pengalaman fasal cantik2 ni kan, sebab tu aku yakin mintak tips kat die.. Dan die jugak insyaAllah tak kedekut ilmu.. I LOIKE!

Sembang punye sembang, saje tanye die, nak kurus ade ke herba yg die tau? then die kenalkan kat aku produk untuk detox.. Tak la aku berapa faham ape tu detox, then dah diterangkan rupanya penting sangat ye detox ni rakan2.. Tambah2 skang ni amalan pemakanan kite rakyat Malaysia ni tak berapa bagus, so perlu kita buat detox ni untuk cuci usus,hati terutamanya.

Camne nak detox?

Boleh guna teh Jepun, susu & safron, triphala herbs.. adeh..pendek kata, kalo menyembang ngan beliau ni kan, 1 jam rasa macam 5 minit.. xkan cukup info!

1st try, die suruh aku beli Juvanex Detox.

Ni la rupa detox tersebut.. Retail Price RM160 ok!



Dalam 1 kotak ade 28 sachets. 1 hari,4 sachets..

BANYAKKK la jugak pantang makannye kan.. kene BUAT! sebab lemak2 aku ni aku dah lama sangat ternak.. tak campur lagi yang geleber2 ni ha... haiHhh!


Ni retail price ye uols!
I dapat RM129!

Penah jugak promo RM99 -_-


Description Juvanex Detox:
HALAL YANG PENTING!


Hanya 7 hari je berdetox dengan juvanex ni. sepanjang 7 hari, bahagian2 seperti usus, hati, buah pinggang & yang sewaktu dengannya akan diservis. (Ingat Proton jeke nak servis?)

Biase la, hal UTAMA kalau nak pakai bende2 macam ni, kene la banyak minum air masak! (Sebenarnya memang wajib minum banyak air masak!)

Esok baru nak start.

Moga cabaran 7 Hari berdetox dengan juvanex ni berrrhasil!
&
xdapat nak jadi figure macam Che Ta pun xpa haihh.. janji kughuih!

Wednesday, June 26, 2013

Rutin kecantikan Emma Stone


– Walaupun dia mempunyai wang yang banyak, pelakon "The Amazing Spiderman" Emma Stone mempunyai rahsia kecantikkan yang agak murah iaitu dia menggunakan soda bikarbonat untuk mencantikkan kulitnya.

Soda bikarbonat adalah bahan dapur yang berkos serendah $1 (RM3.21) dan secara tradisinya digunakan sebagai agen untuk meningkatkan kek dan roti, tetapi Emma Stone mengunakannya untuk digosok mukanya untuk membuang sel kulit mati.

"Jumlah kasar soda bikarbonat adalah yang terbaik untuk membuang lapisan atas sel-sel kulit mati, dan jika digunakan dengan betul, ia tidak akan menyebabkan kulit sensitif anda menjadi merah dan gatal-gatal," kata Josh Peterson dari The Discovery Network.

Cara menggunakan soda bikarbonat adalah dengan mencampurkan satu sudu teh serbuk soda bikarbonat bersama pencuci muka dan urutkan campuran tersebut ke kulit wajah, dan ulangi dua hingga tiga kali seminggu.

SUMBER

Masih Belum Terlambat!


Assalamualaikum..

Dalam minggu lepas, alhamdulillah.. aku telah berdaftar sebagai ejen produk hebat Jamu Susuk Dara.

Sama ada dalam blog, atau dalam FB Page aku, kebanyakan produk yang aku jual, adalah produk2 yang betul2 ade kesan yang memuaskan hati customer2 aku. Dan produk2 yang aku jual jugak bukan disebabkan fenomena semata-mata, tapi disebabkan hasil yang berpanjangan.

Bagi aku, seperti contoh produk Jamu Susuk Dara, orang akan 'seram' bila baca jenama dia pada permulaan. kan? sebab aku pun memula macam tu.. heh..

Then, selagi tak cuba, mane boleh kita nak judge something tu kan?

So far, Alhamdulillah.. Kebanyakan produk Jamu Susuk Dara aku sendiri yang try dulu.. contoh produk :



Coklat Love Habibi.

Jamu ni, lebih kepada rupa maajun. Cuma kita perlu golekkan kecik2.. Then makan la dalam 2 biji. sekali selepas makan tengahari, sekali selepas makan malam/sebelum tidur.
Kesan: senang membuang angin. hehe.. bangun pagi2 pun, terus meluru ke toilet untuk membuat pelaburan besar. dah lebih kurang seminggu aku pakai dari tarikh hari ni (26 Jun 2013) jujur ye.. Rasa usus tu makin ringan.. memang ketara sangat rasanya..

Medicated Feminine Wash.
Yang ni, pembersih intim. Aku beli memule sebab sesaje nak try. Sebelum ni aku pakai Lactacyd.
Kesan: 1st time pakai, rasa miss V sangat-sangat sejuk, selesa, nyaman, aman, damai, dan sewaktu dengannya. Rasa gatal mula berkurang. Dan sampai hari ni aku still pakai, memang sebotol boleh tahan 2 bulan (atau lebih) sebab penggunaan die, hanya sebesar syiling 20sen (yang baru tu),letak kat tapak tangan then sental la miss v tu dengan sabun tu. Ia tak berbuih ye.. sebab BERUBAT. Feminine Wash (FW) pun aku puas hati pakai. :)

Jamu Pengantin Dara.
Jamu ni memang pemes kat internet if korang Google Testimoni Jamu Susuk Dara. Ala..yang gambar ketulan2 tu kan..huhu.. Aku pakai sebab dah 9 bulan aku tak datang period. JUJUR ni. Mungkin disebabkan berat badan yang naik secara mendadak kot.. dah 100kg kot aku -_-
Aku survey2 klinik2 wanita, mak aih.. sampai 5 6ratus sekali labur. -_- then aku try pakai Jamu Pengantin Dara. Kalau yang dah berkahwin, kene insertkan jamu ni kat dalam bahagian faraj, sebab jamu ni akan servis kaw-kaw selama 3 hari kat bahagian rahim, boleh mengecutkan rahim, lepas tu yang keluar alien2 tu. jangan takut, alien2 tu adalah bekas2 darah2 kotor, bekas2 air mani suami. Baik keluarkan dari biar dorang membiak dalam tu kan.. eww.. :P
Bagi yang belum kahwin, hanya perlu makan je. So aku pun makan lah.. Alhamdulillah.. dalam hari ke-2, ade hujung2 darah keluar. BUKAN MAIN HAPPY BAQ HANG! hihi.. dah habis jamu tu, memang akan keluar la kotoran-kotoran tu. Nak sihat punye fasal kan.. Akak stokis aku cakap, boleh buat lagi kalau nak cuci betul-betul selepas sebulan lagi.. Sebab period aku belum keluar betul2..die macam main2.. tengah tunggu lagi sebulan untuk try kali ke-2 ;)

Deep Heat Lotion
Losyen panas ni sama macam losyen2 panas yang lain. Cuma yang uniknye, bau die wangi (bau halia, I Loike), pastu kepanasan die lama.. Dalam 12 jam jugak la panas perut aku. Boleh dibuat minyak urut kaki untuk yang selalu lenguh2, boleh jugak sapu kat lengan.

Masker Vagina
MV ni, bentuk die macam bedak. Fungsi utama die, boleh mencerahkan bahagian yang gelap. contoh macam celah peha, celah ketiak, celah leher. hanya perlu skrub ke bedak ni kat bahagian tu (tenyeh). InsyaAllah akan hilang hitam2 (kulit2 mati) tu.. lagi kerap buat, lagi cerah bahagian2 hitam tu. Then fungsi kedua, boleh mencuci bahagian dalaman faraj. Cara pemakaian: masukkan jari dalam peket MV, masukkan jari tu dalam faraj. tak perlu masuk semua jari, just separuh. Bagi anak dara, sapu je MV kat bahagian luar miss V ye :)

Gel Intim.
Yang ni, aku masih belum try. Testimoni dari diri sendiri fasal gel intim ni, coming soon..
Testimoni pengguna lain yang dah pakai gel intim ni, kebanyakan yang aku baca, gel ni fungsi sama macam Jamu Pengantin Dara + Masker Vagina. So, hebatla kesan die!

Sabun Sinus.
Sabun ni pun belum try lagi. Sabun ni officialnye dibuat untuk merawat masalah resdung. So sape2 ade masalah resdung, boleh try. Jangan ragu2 sebab produk2 Jamu Susuk Dara dibuat dari herba2. Boleh buat testimoni kat sini :)

Sabun Magic Seri Cahaya.
Sabun ni boleh dibuat pencuci muka. Belum lagi try, tapi mengikut testimoni kat Google, ramai yang sangat puas hati. So, boleh la try nanti kan~
Sape2 nak try dulu pun boleh.. nanti boleh jugak buat testimoni kat sini!



Sekarang ni Jamu Susuk Dara ade keluarkan produk penjagaan kulit (skincare).. so yang nak repair kulit2 yang berminyak & berjerawat, disarankan untuk TIDAK mengambil skincare ni ye.. Better ambik Sabun Magic Seri Cahaya untuk rawat dulu kulit yang bermasalah.. Skincare ni terdiri daripada cleanser, pelembab, toner,bb cream,treatment & repair. 1 set berharga RM485. Sangat berbaloi harga dan hasil! Ni bukan produk cap ayam okies!!

sape2 berminat untuk dptkan produk skincare, boleh terus call/SMS 017-9658133 ye..

Diharapkan, permulaan aku ni sebagai satu titik untuk aku memulakan diri sebagai seorang pengedar atau stokis produk Jamu Susuk Dara satu hari nanti.. Amin.... (aminkan ramai2 ye :D)

Sunday, June 23, 2013

RAHSIA TANDATANGAN AISHAH

RAHSIA TANDATANGAN AISHAH : DUIT DARI ALAM BUNIAN?



Anda tentu pernah melihat tandatangan AISHAH pada matawang ringgit Malaysia. Sejauh manakah anda mengenali AISHAH ini sebagai gabenor Bank Negara Malaysia?

Semakan melalui Bank Negara Malaysia juga mengesahkan tiada gabenor Bank Negara bernama Aishah! Bank Negara juga mengesahkan satu-satunya gabenor wanita ialah Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz, yang merupakan gabenor Bank Negara Malaysia ke tujuh dan masih berkhidmat sehingga kini.

Apakah duit dengan tandatangan AISHAH ini merupakan duit dari alam bunian sepertimana yang heboh diperkatakan suatu masa dahulu. Kononnya ketika dunia mengalami kemerosotan ekonomi malah Malaysia juga diserang oleh George Soros menyebabkan ekonomi kita lumpuh, sahabat-sahabat dari alam bunian telah membantu rakyat Malaysia dengan mengeluarkan sejumlah besar wang dari alam mereka untuk digunakan oleh rakyat Malaysia.

Mungkin kedengaran mustahil namun percayalah tiada apa yang mustahil di dalam dunia ini sekarang. Sejauh mana kebenaran cerita ini tidaklah dapat dipastikan. Namun sekiranya anda mempunyai pendapat mengenai kisah ini eloklah kita kumpulkan bersama untuk tatapan generasi masa kini. Berikut disertakan senarai nama gabenor Bank Negara Malaysia : 

  • Tan Sri W H Wilcock (Januari 1959 - Julai 1962)
  • Tun Ismail bin Mohamed Ali (Julai 1962 - Julai 1980)
  • Tan Sri Abdul Aziz bin Taha (Julai 1980 - Jun 1985)
  • Tan Sri Dato' Jaffar bin Hussein (Jun 1985 - Mei 1994)
  • Tan Sri Dato' Ahmad bin Mohd Don (Mei 1994 - Ogos 1998)
  • Tan Sri Dato' Seri Ali Abul Hassan bin Sulaiman (September 1998 - April 2000)
  • Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz (Mei 2000 - Kini)
      
Apa yang pasti, sebenarnya tandatangan AISHAH yang diperkatakan milik bunian ini sebenarnya adalah milik Tan Sri Dato' Seri Ali Abul Hassan bin Sulaiman, gabenor Bank Negara Malaysia keenam.

1. Tan Sri W H Wilcock (Januari 1959 - Julai 1962)

(TIADA CONTOH TANDATANGAN DI PEROLEHI)


2. Tun Ismail bin Mohamed Ali (Julai 1962 - Julai 1980)



3. Tan Sri Abdul Aziz bin Taha (Julai 1980 - Jun 1985)

4. Tan Sri Dato' Jaffar bin Hussein (Jun 1985 - Mei 1994)



5. Tan Sri Dato' Ahmad bin Mohd Don (Mei 1994 - Ogos 1998)



6. Tan Sri Dato' Seri Ali Abul Hassan bin Sulaiman (September 1998 - April 2000)



7. Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz (Mei 2000 - Kini)


SEKADAR 1 PERKONGSIAN ;)

SUMBER

Tuesday, June 11, 2013

Bawang Putih Baik Untuk Kesihatan


12 Jun – Pasti ramai yang tidak suka dengan bawang putih terutamanya golongan remaja kerana baunya yang kurang menyenangkan.

Namun tahukah anda bahawa bawang putih ini mempunyai pelbagai kebaikan dan khasiat untuk kesihatan kita?

Mengurangkan risiko angin ahmar
Bawang putih mampu penghasilan oksida nitrik pada dinding saluran darah yang membantu untuk mengembang dan mengawal tekanan darah dengan baik bagi mengelakkan risiko darah tinggi dan angin ahmar.

Mengurangkan risiko kanser
Kaya dengan anti oksidan seperti selenium, bawang putih mampu membantu mengurangkan radikal dalam darah, sekaligus mengurangkan risiko seseorang menghidap kanser.

Bertindak sebagai anti bakteria dan antivirus
Sejenis bahan iaitu allicin yang terkandung di dalam bawang putih ini bertindak sebagai antivirus dan antibakteria dalam memusnahkan beberapa mikrobakteria. Jadi, ianya amat baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya.

Mengandungi banyak iodin
Bawang putih mempunyai kandungan iodin yang tinggi yang baik untuk pesakit hypertiroid.

Dapat tingkatkan sistem imunisasi
Kajian mendapati bahawa pengambilan bawang putih sebanyak dua hingga tiga ulas sehari selama tiga minggu akan meningkatkan aktiviti sel darah putih untuk melawan jangkitan dan tumor.

BUKAN BAWANG PUTIH YANG NI! :D

Tips Pakai Kasut Tinggi dengan Selesa :)



12 Jun- Baru sahaja keluar dan merasa glamor setelah memakai kasut tumit tinggi, namun pastinya anda akan merasa sakit selepas memakai lebih dari sejam.

Menurut satu kajian yang dibuat oleh College of Podiatry, terhadap 2,000 wanita dan lelaki dan 20% daripada responden berkata mereka akan berasa sakit selepas 10 minit memakai kasut tumit tinggi manakala satu per tiga daripanya mengatakan kaki mereka merasa sakit pada waktu malam.

Ia bukannya sesuatu yang mengejutkan. Semua orang tahu kasut tumit tinggi menyakitkan dan boleh menyebabkan sakit belakang namun rata-rata wanita masih memakainya. Jadi, apa yang anda harus lakukan untuk menghilangkan rasa sakit tersebut?

Di sini kami ingin berkongsi dengan anda beberapa tips bagaiamana untuk memilih kasut tumit tinggi untuk keselesaan kaki anda:

Jangan beli kasut tumit tinggi secara 'online'
Pertama sekali, kasut mestilah padan dan sesuai dengan kaki. Oleh itu, anda disarankan supaya tidak membeli kasut secara dalam talian kerana anda tidak dapat mencubanya terlebih dahulu. Ini kerana kasut yang kecil akan membuatkan kaki anda melecet manakala kasut yang besar akan membuat kaki anda lebih ke hadapan dan jari kaki anda akan merasai lebih tekanan.

Jangan beli kasut yang murah dan tidak berkualiti
Jika anda mahu membeli kasut, belilah kasut yang berkualiti dan harga berpatutan. Jangan sesekali membeli kasut yang tidak berkualiti kerana harganya murah. Ini kerana kasut yang diperbuat dari plastik akan membuatkan kaki anda cepat berpeluh dan membengkak. Plastik juga boleh menyebabkan kaki anda melecet.

Elakkan kaki melecet
Jika kasut anda keras di bahagian tumit, anda boleh menggunakan cengkaman kasut 'suede'. Selain itu, anda juga boleh menggunakan 'Scholl', ia didapati dalam bentuk 'roll' dan boleh digunakan di mana-mana bahagian kaki. Gel lembut daripada Dr Scholl juga dapat membantu kaki anda terutama jika kasut anda mempunyai tapak yang nipis.

Rendam kaki dalam air ais
Jangan rendamkan kaki anda dengan air panas tetapi gunakan ais untuk melegakan sakit di kaki. Ini kerana selepas memakai tumit tinggi, kaki akan menjadi bengkak. Penyelesaiannya, letakkan kaki anda ke dalam air yang sejuk selama 15 minit untuk mengurangkan bengkak dan sapu krim kaki sebelum tidur. Ia dapat mengembalikan kelembutan kulit sekaligus mencegah kaki dari menjadi kasar.

Diharap dengan tips ini dapat membantu anda dalam memilih atau memakai kasut tumit tinggi tanpa risau akan kesakitan.


Heels ape ni!

Cupcake Berharga RM3,000! O.o

12 Jun – Sanggupkah anda mengeluarkan wang beribu-ribu hanya untuk sebiji kek cawan? Kek cawan Golden Phoenix merupakan kek cawan termahal di dunia yang dijual dengan harga RM3,184 sebiji.

Golden Phoenix yang diperbuat daripada helaian emas 23 karat dijual di cawangan kek cawan Bloomsbury bersempena pembukaannya di Dubai Mall.

Kek cawan ini bukan sahaja diperbuat daripada emas, malah tepung dan mentega organik turut diimport dari United Kingdom manakala coklat dari Itali serta biji vanila pula dari Uganda.

Malah, kek cawan Golden Phoenix itu dihidangkan bersama pinggan bersadur emas 24 karat, sudu emas dan menggunakan topping berperisa coklat, buah strawberi dicelup dalam emas yang boleh dimakan.

Pelanggan yang ingin merasai keenakkan kek cawan Golden Phoenix harus membuat pesanan terlebih dahulu kerana ia mengambil masa selama dua hari untuk disiapkan.

SUMBER

Bra Berharga RM18,000!

12 Jun – Jenama pakaian dalam mewah, Rococo Dessous telah menghasilkan koleksi terbaru yang merangkumi coli, seluar dalam dan juga gaun tidur.

Dihasilkan oleh bekas pereka jenama pakaian dalam terkenal Victoria's Secret, koleksi ini diperbuat menggunakan benang emas 24 karat yang berasal daripada kain emas khas dari Switzerland.

Diinspirasi daripada sejarah wanita diraja terkenal seperti Cleopatra, Marie Antoinette dan Tsarina Alexandra, koleksi ini berharga dalam lingkungan AS$3,000 (RM9,470) hingga AS$6,000 (RM18,940) untuk satu set.

Setiap satu daripada pakaian dalam ini mempunyai nama yang merujuk kepada wanita yang diilhamkan tersebut

Contohnya set pakaian Marie Antoinette dihasilkan daripada set keseluruhan emas dan set emas hitam dan diolah menggunakan motif floral dengan benang mewah.

Emas mungkin salah satu bahan berharga untuk raja dan permaisuri dalam sejarah lampau dan idea memakai pakaian dalam emas 24 karat ini mungkin tampak mengujakan.

Namun bukan semua mampu memilikinya. Bagi kami, apa yang penting adalah keselesaan.

Adakah anda sanggup menghabiskan wang sebanyak itu untuk satu set pakaian dalam?

SUMBER

Cara nak tahu telur busuk

Salam.

Info ni aku dapat kat SINI..






Cara korang camne pulak? ;)

Sunday, June 9, 2013

(TAKZIAH)Seniwati Latifah Omar Meninggal Dunia

Beberapa hari lepas, Pak Sudin telah meninggalkan kita. Kira-kira 6.30 petang tadi, seniwati Latifah Omar juga disahkan telah meninggal dunia. Beliau yang berusia 74 tahun meninggal dunia di Pusat Rawatan Rapi, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia setelah dimasukkan ke HUKM seminggu lalu akibat kanser usus.




Marilah kita menyedekahkan Al-Fatihah kepada beliau, semoga rohnya dicucuri rahmat. Info via Astro Awani.

Al-Fatihah

Sumber: SINI

Saturday, June 8, 2013

Tin & botol plastik kitar semula

Memandangkan dah 3 bulan mengumpul tin2 minuman dan botol2 mineral plastik, tadi aku pegi la jual.
Lupa nak snap pic item2 yang aku jual, tapi dianggarkan total semua dalam 8 plastik sampah besar warna hitam tu.
Pumpang2 dapatla rezeki tuhan sebanyak rm45.80.. O(∩_∩)O

Friday, June 7, 2013

My Review: Mafla Man Utd!!

Salam. 


Baru2 ni aku menshoppingkan diri kat sorang bro ni. Tu pun pas aku tengok2 group ni. Well biase la bile dah gatal nak shopping tu kan, aku n adik aku try beli mafla Theater of Dreams.

Barang sudah sampai semalam! (7 Jun 2013).

Ni sedikit Review. #GGMU!


OMG!! :D

See..see! Bangga gila! :D

 
Hologram yang penting, Ori atau tak. Kan2? hat ni xbrapa terang..
Hat ni yang terang


Kainnye agak tebal, lain dengan mafla2 murah yang ade kat Chow Kit atau Petaling Street. (macam musim salji je yang sesuai ketebalannya)

ada hologram

Aku puas hati! :D

berikut merupakan model tak berbayar, adik aku. :P





Dari 5 bintang aku bagi 6.

**Sedikit kenangan dari Berbatov. #Respect

Kbai :)

My Review- FOUNDATION

Salam.

Nak cerita sket fasal Bedak Arab-summer cake Kokuryu nama penuh die. Bentuk die ce Google.. Tak pun ni ha, aku bagi la kat sini image nye..




Pendapat aku, bedak ni sangat osem! Kulit aku jenis berminyak, berpeluh. So sebelum ni aku ade cuba bedak kompak (compact powder) Maybelline. Tapi cannot go lah. Huhu.

Then aku teruskan pemakaian Fair & Lovely selama 5-6 tahun jugak. Tu pun best. Kulit aku maintain.

Then aku saje gatal kan nak try foundation2 ni ha.. Aku beli yang Maybelline punye. Adela sekali aku pakai. -_- Jerawat!

Pastu aku dah tak berani nak try apa2 foundation sume.

Sampai la tetibe aku berani, aku nak try Meiko Naturactor tu. Peniaga tu terus smash2 aku, die cakap jangan beli Meiko, tapi beli Supra Kryolan. Sumpah aku takut time nak beli, sebab aku ingat kulit jenis aku ni memang TAKKAN merasa nak pakai foundation2 ni.

Tapi atas tahap keyakinan peniaga tu level 380 (game Candy Crush), aku pun tersampuk terus beli.
2 hari jugak terbiar natang Supra tu, lalu aku pun memberanikan diri.

Pendapat aku tentang Supra ni atas keadaan kulit aku yang berminyak & sentiasa berpeluh ni, pakai Supra memang HOSEM!

Kulit akan nampak natural, (aku pilih warna 4w), bile berpeluh pun tak rimas & minyak2 kat muka ni nampak tak beriya time pakai tu. dari 5 bintang aku leh bagi 4!
Harga RM50 (botol kecik)

So nak cerita fasal Bedak Arab.

Kalau korang google Bedak Arab ni, die 3 dalam 1.
  1. Pelembap
  2. bedak asas
  3. foundation

    Bukan sebab bentuk die camtu die hanya semata2 bedak asas. NO.

    Cara pemakaian die korang kene basahkan span, perah2 sikit2 pastu kene tekan2 sikit la kat atas permukaan Bedak Arab tu. Macam pakai foundation.

    Ni aku punye testimoni. Testimoni Nak Cepat nama dia.
Sebelum tacap bedak.
Gemuknye -_-

After tacap Bedak Arab - Russet
Aku amek kale Russet. Russet ni kene kat kebanyakan kulit orang2 Malaysia. So ni hasilnye...

Nampak tak perubahan yang sangat memuaskan hati kan! So korang2  kene try Bedak Arab ni OK!

Jangan ade yang terbeli yang tiruan! Nanti pakai kat muke jadi gatal..huhu
Harga yang aku beli Bedak Arab ni RM45 (harga kawan2) :D

Kbai!

Gambar Hiasan:
**Asal perempuan mekap je, menipu, ni la penipuan lelaki ceh!



;P

Izara Aisyah yang manissssssss

Salam.

Korang kenal Izara Aisyah? :3
Comel kan die~


.
.

.
.
.
.
.
.
.
Semakin murah nampaknya rezeki si kecil molek Izara Aishah ini. Baru-baru ini, Izara telah pun dilantik sebagai duta produk  BRAND’s InnerShine iaitu BRAND’S® InnerShine Pati Prun dengan Camu Camu.

Actually InnerShine ni sangat2 bagus untuk jadikan kulit kita sihat dari dalam. Aku pernah amek InnerShine ni dulu, SERIUOSLY! Kulit berseri, mata kita ni bersinar2..tapi kene la amek tu berterusan. Kalau korang xnak amek sebotol tu one shot pun xpe, janji amek berterusan.. Sampai bile tu no komen la :P

Enjoy gambar2 Izara Aisyah yang comel lagi menawan! AWWW~~

izara aishah



izara aishah




izara aishah
izara aishah
izara aishah
izara aishah
izara aishah
izara aishah


Cantik gilak Izara nih!
SUMBER: SINI

***Klik la iklan2 yang ade dalam blog saya yang xseberapa ni ye! Just klik je, :)
Shopping skali kat iklan2 tu pun OK! ^^
Peace ^^